Ahad, 6 November 2011

Salam Aidiladha dari Malaysiakini




Malaysiakini mengucapakan selamat Aidiladha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam.

Sempena dengan hari mulia ini, wartawan, editor dan kakitangan kami akan juga bercuti dan sesetengah mereka menunaikan ibadah korban. Kami akan kembali Selasa depan dengan berita-berita seperti sedia-kala.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...